Mesyuarat melapor operasi projek pengawasan pengajian sekolah swasta dan pondok

 

        Pada 10 Ogos 2010 Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun telah mengadakan mesyurat dengan para pengurus dan guru sekolah swasta di dewan mesyuarat sekolah Anuban Rungtip untuk kesimpulan serta melapor operasi program oriantasi mengikuti serta  menilai kerja-kerja sekolah swasta dan pondok. Dalam mesyuarat ini juga diadakan majlis menyampaikan sijil kepada sekolah-sekolah dan Instituti,mengikut senarai di bawah ini 

  • Sekolah formal yang lulus penilaian di peringkat
    • Pingat perak adalah sekolah Anuban Muslim Satun
    • Pingat gangsa adalah sekolah Muslim Sueksa, sekolah Anuban Amonrat, sekolah Darul Mumin 
  • Sekolah Non-Formal yang lulus menilaian di peringkat
    • Pingat emas adalah Lawa hair design Institute
    • Pingat perak adalah sekolah Darul Fari
    • Pingat gangsa adalah Institute Satun Yanyon,Institute Hadyai Yanyon dan Madrasah Assunnatul Islamiah 

           Selain ini Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun (JPSS) akan mengadakan projek untuk meningkat kualiti sekolah swasta Wilayah Satun iaitu
                        projek pengurusan kursus akademik sekolah dan membuat kursus akademik tempatan
                        projek meningkat kualiti pengurusan kewangan
                        projek kursus moral akhlak kepada pemuda supaya menjauhi dadah
                        projek membina pangkalandata dan informasi pendidikan swasta
                        projek kontes media CAI
                        projek khusus rangkain persembahan sekolah swasta
            
           Semua projek tersebut akan dilaksanakan dengan segera. JPSS berharap bahawa projek semua ini boleh menguatkan  pengurusan sekolah swasta wilayah Satun di dalam semua bidang.