Operasi membina website JPSS 3 bahasa

 

       Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun (JPSS) akan mengadakan website 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia untuk persembahan dan menyediakan maklumat pendidikan swasta bagi pihak penngunaan website dari luar negara. Dengan ini JPSS dapat bekerja sama dengan guru-guru sekolah swasta yang ada skill  Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia untuk terjemah maklumat dari bahasa Thai. Operasi ini akan melancarkan website 3 bahasa dalam bulan September 2010 ini.          

 

Membina Informasi Pangkalandata Sekolah Swasta Wilayah Satun

     

     Pada 18-19 Ogos 2010 Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun (JPSS) telah mengadakan program untuk membuat informasi pendidikan swasta di bilik makmal komputer sekolah Chariyatham Islam Wittaya Foundation. JPSS dan Sekolah swasta telah bekerja sama untuk mengumpul dan menyimpan semua  maklumat dalam sistem pangkalandata.Program ini bertujuan untuk meningkat sistem informasi bagi sekolah-sekolah swasta dapat menggunakan sistem ini dengan lebih baik.   

Mesyuarat melapor operasi projek pengawasan pengajian sekolah swasta dan pondok

 

        Pada 10 Ogos 2010 Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun telah mengadakan mesyurat dengan para pengurus dan guru sekolah swasta di dewan mesyuarat sekolah Anuban Rungtip untuk kesimpulan serta melapor operasi program oriantasi mengikuti serta  menilai kerja-kerja sekolah swasta dan pondok. Dalam mesyuarat ini juga diadakan majlis menyampaikan sijil kepada sekolah-sekolah dan Instituti,mengikut senarai di bawah ini 

Kursus meningkat skill mengajar Al-quran dan Bahasa Arab bagi pengajar Tadika Islam

            

  Ketua Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun, Tuan Dalan Nung-ali  berkata keputusan peperiksaan I-NET (Islamic National Education Test) tahun 2009 tidak meningkat kerana pelajar kurang mengguna skill yang baik dalam  bahasa Arab dan pelajaran Al-quran.

      Oleh itu, Jabatan Pendidikan Swasta Wilayah Satun telah mengadakan kursus membaca Al-quran dan bahasa Arab dengan menggunakan sistem Qira-ati bagi ustaz ustazah sebanyak 196 Tadika Islam di wilayah Satun.Tadika islam adalah pusat pengajian Islam Fardhuinn di masjid yang ditubuhkan pada tahun 2005. Kokurikulum yang diguna telah setifikasi oleh kementerian pendidikan.

      Kursus membaca Al-quran dan bahasa Arab dengan menggunakan sistem Qira-ati ini  bertujuan untuk meningkatkan skill ustaz ustazah dalam bahasa Arab dan pelajaran Al-quran supaya lebih meningkat dalam pengajian Tadika Islam. Kursus ini telah diadakan pada 24-26 Julai 2010 di Hotel Hadyai Dai-ishi ,Hadyai.   

Sindiket kandungan